Friday, October 15, 2010

BAJET 2011



BAJET 2011.....




Hari ini, bajet 2011 akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dan apa yang menariknya selain menunggu pemberian bonus kakitangan awam 2011, bajet Malaysia ini merupakan bajet pertama di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10).

Sedikit ringkasan tentang bajet 2011 yang akan dibentangkan petang ini :


Perkara berkaitan pekerjaan terutama pelaksanaan gaji minimum, cukai dan subsidi, kualiti dan kos pendidikan serta menaikkan taraf perkhidmatan internet dan jalur lebar adalah antara topik yang dibangkitkan.
Permintaan untuk peningkatan insentif kepada mereka yang kurang bernasib baik, kawalan ke atas harga barangan pengguna, peningkatan pembangunan di kawasan pedalaman bagi menarik peluang komersial kepada golongan muda, insentif untuk pembangunan teknologi hijau, peningkatan peruntukan untuk keselamatan negara dan program mengatasi pendatang tanpa izin.
Kerajaan mungkin akan memansuhkan duti setem atau potongan cukai bagi faedah pembelian rumah pertama bagi meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat dan pada masa sama merangsang sektor pembinaan.
Bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat, tumpuan juga akan diberi dalam sektor kesihatan, pengangkutan awam, pendidikan dan keselamatan. Cukai rokok dan tembakau serta minuman keras pula dijangka dinaikkan.
Bagaimana dengan bonus gaji kakitangan awam? Kemungkinan kerajaan akan memberi bonus sebulan gaji atau sekurang-kurangnya sagu hati RM1,000 kepada kakitangan awam. Kaya lah kalau dapatkan? hehe!


P/s: Walaupun saya tidak merasa bonus kakitangan awam 2011, tetapi saya menyokong dengan kenaikan cukai rokok dan minuman keras. hehe! Mesti ramai yang tak sabar menunggu bajet 2011 nanti. heh!

No comments:

Post a Comment

SALAM SEJAHTERA KOMEN DAN JANGAN LUPA FOLLOW BLOG INI DAN LIKE KUTOOOBAMBOO YER